Video Lelaki Botakkan Kepala Teman Wanita Kerana Curang

Berang dicurangi, seorang lelaki dari Brazil tergamak memotong rambut teman wanitanya sehingga botak bagi membalas dendam terhadap perbuatan kekasihnya itu.

Wanita tersebut dipaksa duduk mencangkung sebelum lelaki yang dikenali sebagai seorang gengster dan pengedar dadah itu ‘menogel’ habis rambut teman wanitanya.

Dalam video kedengaran suara orang-orang di belakang yang bersorak gembira melihat wanita itu ‘diseksa’.

Selepas mencukur kesemua rambut wanita itu, lelaki itu kemudiannya mencukur pula kedua-dua belah kening teman wanitanya.

Setelah puas, lelaki itu kemudiannya mengambil lebihan rambut tadi dan meletakkan di atas kepala wanita itu, mengacah seperti itu adalah rambut palsu untuk si mangsa.

Menurut warga tempatan, jenis hukuman sebegitu adalah biasa dilakukan oleh pengedar dadah berpengaruh di Brazil yang sengaja mahu memalukan mangsanya di tempat awam.
Journalists Street. Powered by Blogger.